Search

“Lama dah ka, Encik Oman duk di London?”
“Lam...

  • Share this:

“Lama dah ka, Encik Oman duk di London?”
“Lama juga, sejak saya berusia 18 tahun. La ni, saya dah 33 tahun.”
“Selama hampir 15 tahun di sana, Encik Oman buat apa? Maaflah, saya tak berapa tahu sangat latar-belakang Encik Oman sebab tak banyak sumber yang menceritakan tentang Encik Oman selain...”
“Saya anak nomboq dua Omar Al-Fateh?”
“Ya...”
“Saya sebenaqnya ada syarikat B&B saya sendiri di London, Little Cottage yang menyediakan tempat tidur dan makanan yang halal untuk backpackers. Saya dah buka hampir 10 tahun. 15 tahun kat sana, ayah suruh balik mai untuk sambut ramadan bersama tapi saya dikejutkan dengan OFHotel. Now, saya ada kat sini... But not for long. Saya akan balik semua ke London setelah projek hotel OFLand di SP siap.”
“Oh... Begitu.”
“Tapi, boleh saya tanya sikit...”
Dahi aku berkerut. “Tanya apa tu?”
“Cik Saloma ni dulu sekolah di SMK Ibrahim?”
“Dak. Saya bersekolah di Che Tom Girls School. Kenapa Encik Oman tanya saya kalau-kalau saya bersekolah di SMK Ibrahim?”
“Saya pernah kenai dengan orang yang bernama Saloma sewaktu saya belajaq di SMK Ibrahim.”
“Oh, tu ka... Malangnya, saya tak pernah bersekolah di situ. Awat dengan orang yang bernama Saloma tu? Dia buat apa kat Encik Oman?”
“Dia pernah curi hati saya dan tak bagi balik.”
Aku tergelak. “Nama pun curi... Memang taklah dia nak bagi balik! Kena tangkap sat lagi, lagu mana?”
“Betui juga noh...”
Dan...
Pengakuan Oman Al-Fateh tu...
Buat sifat ingin tahu aku timbui lagu ikan kaloi!

#lamaranramadan


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts